Monday, 1 August 2016

This is life

This is life ,
Malas diri sendiri tak nampak ,
Malas orang nampak ..

Kebaikan orang tak nampak , 
Keburukkan orang dia lah nampak ..

Walhal diri tu banyak menyusahkan orang ,
Dari mencuri duit bonda sendiri ..

Hingga ke menyusahkan hidup keluarga sendiri ,
Mengata hidup orang hebat bak raja yang berharta ..

Walhal harta sikit pun tidak kelihatan ,
Mengungkit kebaikkan riak bak malaikat yang berkepak ..

Walhal kebaikkan yang dilakukan ,
Hanyalah lakonan semata-mata ..

Lari sepantas kilat menuju ke destinasi ,
Bersediakan kata-kata manis untuk cendera hati ..

Untuk memikat orang yang memiliki segalanya ,
Meninggalkan orang yang sentiasa bersama ..

Bila susah , 
Kepala serabut ..

Lepaskan segala kata-kata benci ,
Pada orang terdekat ,
Kadang pada keluarga sendiri ,
Apa yang engkau mahu semua diberi ..

Apa yang engkau lakukan hanya membenci ,
Tidak hairanlah engkau masih dibelakang ,
Tidak berharta malah tidak memiliki segalanya ..
Bukan dalam pekerjaan sahaja tetapi dalam semua ..

Tidak kelakar kah ?
Engkau menyalahkan orang sekeliling seperti ,
Engkau telah memberi makan orang orang susah ,
Seperti engkau telah berjaya mendirikan sesuatu ..

Sedangkan sikit pun engkau tidak pernah ,
Menderma juga riak ,
Menolong pun menunjuk ,
Berhentilah berpura pura suci bak malaikat..

Kerna semua tahu ,
Kau miskin tetapi ,
Mengalahkan orang yang bebenar miskin ..

Cukuplah dengan berpenampilan seperti orang hebat ,
Walhal semua tahu disebaliknya ,
Berdirinya seorang yang ku gelar munafik ,

Pernahkah engkau berjaya mendirikan sesuatu ?
Tidak perlu sesuatu ,
Diri engkau pun tah kemana ..
Menyuruh orang untuk mengajar aku ?

Adakah engkau cukup diajar ? 
Berkata kasar , 
Meninggikan suara pada syurga sendiri ?

Layakkah ?

Engkau sendiri tidak kemana , 
Sedar dan pandang pada diri ,

Setiap kata-kata keji kau lemparkan ,
Semua ditujukan pada diri engkau sendiri ..

Literally Jeg vil fodre mine hunde med min succes en dag 🙆🏻💕
 

No comments:

Post a Comment