Wednesday, 17 March 2021

Losing Game




 LOSING GAME

Assalammuailaikum dan selamat datang dalam episode terbaru yang bertajuk Losing Game , walaupun tajuk kita hari ini dalam Bahasa English tapi wawa nak cuba sampaikan dalam Bahasa Melayu. 

Jadi macam biasa akan adanya sepatah dua kata dari wawa, hehehehe, tajuk harini mungkin agak lain sikit dari sebelum, harini wawa nak sampaikan tentang kekalahan dalam kehidupan yang kita sedar atau tidak. 

Kepada yang baru masuk dalam Blog wawa, wawa just nak bagitahu yang wawa anggap blog ni macam wawa punya diary kehidupan online. Jadi sebab itu dia kadang Bahasa English, kadang dalam Bahasa Melayu, sebab wawa anggap wawa berborak dengan seseorang aka diri sendiri dan sejujurnya ia banyak membantu wawa dalam cara wawa berfikir dan menilai tentang sesuatu keadaan. 

Dalam kata lain, kenapa wawa buat blog ni adalah bertujuan untuk membantu sesiapa yang diluar sana mungkin mengalami sesuatu keadaan atau situasi yang sama seperti wawa.. 

Mungkin juga anda memiliki tanggapan yang lain, jadi maafkan wawa kalau kita berbeza pendapat dan semestinya ia kerana kita semua adalah manusia yang berbeza dan amat sukar untuk mencari seseorang yang sempurna di dunia ini..

Dalam topic harini, wawa nak bahaskan tentang perbezaan kehidupan diantara awak, dia , saya dan yang lain. Pernah tak kadang-kadang kita rasa macam seronoknya andai kita jadi lebih dari sekarang ? Mungkin kalau jadi macam dia ? atau dia ? Seseorang yang kita rasa Beruntung dalam hidup dia , alangkah indah jika dia adalah saya.. 

Wawa pernah rasa macam atas ni, jujur tak tipu hehehhe..

Tapi pernah tak terfikir jika adanya orang yang berharap agar dia ditempat kita, apa yang kita miliki, pekerjaan yang kita ada, keluarga yang meraka rasa nyata ?

Wawa dah cuba sedaya upaya dekat post ni, akan tetapi dah delayed dua hari dah sebab wawa banyak betulkan ayat.. Mari sambung dalam bahasa yang tak beberapa nak formal tapi kita semua faham okay ? HAHHAHAH sorry !!! Trust me , I did my best..


Okay macam ni, dalam hidup ni mesti kita akan terasa dengan perbezaan antara satu sama lain, contohnya kawan kita kawin awal ke ? Kawan kita dah dapat kerja tetap dengan gaji yang lumayan ke? Family yang mungkin kita rasa family dia better ke kan kan kan ??

Tapi sebenarnya kalau nak tahu kan, dalam hidup ni tak ada Losing Game terhadap u atau i atau dia kalau kita ni , Yes , KITA NI , tak cuba untuk perbaiki apa yang kurang dan syukur dengan apa yang ada .. Kita semua tahu yang Losing Game adalah kekalahan dalam sesuatu permainan.. Tapi kalau kita nak menang kan , mesti kita akan cuba dan terus cuba sampai kita berjaya untuk capai target kita.. 

Begitu juga dengan kehidupan , kalau kita usaha lebih dalam sesuatu yang kita mahukan bukankah kita akan nampak hasil kita ?

Bagi wawa, tak salah pun kalau kita nak bayangkan tentang kehidupan, tapi apa yang salah ialah apabila kita TERhilangkan rasa syukur dengan apa yang kita ada..

Losing GAME adalah satu topic yang penting dalam hidup wawa, sebab wawa tak pernah rasa macam kurang baik atau nakkan lebih dari apa yang ada sekarang .. Lagi sekali wawa nak bagitahu that , mestilah kita akan rasa teringin atau berangan .. Tak salah , betull .. jujur sumpah laaa memang tak salah.. 

CUMA ! Janganlah kita hilangkan rasa syukur tentang pekara yang menimpa atau dihadapi.. Kawan kita might ada yang dah kawin .. Tapi you tengok diri you, you still berpeluang untuk bersama adik beradik you, mama you and tak perlu bayar duit/sewa rumah ? Kawan kita kerja shift atau kerja swasta atau kerja apa apa pun, bergembiralah untuk semua orang kerana insyahallah kita akan dapat cepat atau lambat.. 

Jangan letak titik noktah dalam pekara yang kita rasa kecewa atau down .. Sebab setiap yang ada dalam hidup ni , teramatlah bermakna tidak kira apa pun.. 

Mungkin dia bekerja dari umur 17 tahun, tak sambung belajar .. Alhamdulilah dah ada KWSP dan Socso atas usahanya dalam meneruskan kehidupan..

Mungkin dia masih tiada pengalaman bekerja seinggah umur 21tahun, tapi Alhamdulilah .. dia ada Sijil Diploma/STPM dan lain-lain..

Mungkin dia sudah berkahwin dan memiliki anak pada usia muda.. Alhamdulilah dengan jadinya Ibu pada usia muda berjaya membantu dia mengenali kehidupan perkhawinan diawal usia.

Mungkin dia masih bujang dan tidak mempunyai pasangan sehingga 25 tahun.. Alhamdulilah dia berjaya memiliki duit simpanan dan mampu halalkan seseorang apabila jodohnya sampai..


Setiap yang berlaku ada indahnya kalau kita tenang dan syukur .. Kena sentiasa syukur dan lihat pada sudut yang baik untuk terus berusaha menjadi lebih berjaya .. Bercita-citalah tinggi kerana mungkin suatu hari nanti .. Kita akan berterima kasih pada kita yang sekarang kerana bercita cita tinggi dan berjaya akhirnya..


Walaupun jatuh.. Pujuklah hati dan mencari jalan keluar , kenapa? Sebab, kesedihan dan kekecewaan yang berterusan tidak mampu membantu kita untuk berjaya.. Orang lain pun tak mampu nak pujuk , sebab kita je mampu selamatkan diri kita .. Nak atau Tak Nak.. 

Dalam hidup, tiada istilah " jap " ke " tengoklah " atau " mungkin " .. Buanglah sifat macam ni dan gantikan dengan ?? 


Macam tak boleh je.. Takpe , saya cuba lagi ..

Boleh ! Saya usahakan sampai berjaya ..

Maaf , saya rasa belum boleh lagi ..


Jujur lah pada diri dan terokailah diri kita , kemampuan kita, kelebihan kita .. 

Hidup hanya sekali, sentiasa berterima kasih pada Allah SWT dan sentiasa syukur akan segala yang kita lalui..


Insyahallah akan ada post baru very soon ! 

xx 

Wawa

2 comments: