Thursday, 13 August 2015

Hargai ?

Hargai ?
Assalammuailaikum dan HAI ! Agak lama jugak lah wawa tak update something new here :< Kenape wawa kenape ?! Ishh ~ Sebenarnya , dah ada idea tapi semua half way , jadi tak bestlah nak update something nice tapi bila nak habis je cerita tah pape kan ? kan ? kan ? :P Wawa pun taknak lah kecewakan awak awak semua ceh wahhh hehehe ~ 

So ! without further ado ~ lets get into my Blog :*

Hargai ? Semua orang tahu apa tu " Hargai " tapi ,adakah mereka bebetul faham maksud ' Hargai ' ni? Tahukah awak ? Tahukah dia ? Tahukah ? So , apa yang wawa nak sampaikan ialah .. Hargai ni sebenarnya tak semua orang tahu dan faham maksud dia apa . Wawa faham ke ? Not so , tapi wawa akan terangkan serba sedikit tentang pemahaman wawa tentang Hargai :D

Hargai ni sebenarnya suatu perbuatan yang sangatlah dicintai ramai dan disukai ramai , tahu kenapa ? Haaa ~ sebab apa tau ? Sebab tak semua orang di sekeliling kita ni hargai apa yang kita buat or tolong , jadi cuma sesetengah orang je akan hargai .. Bila ' sesetengah ' orang yang hargai segala perbuatan kita , mesti rasa macam wah , akhirnya ada pun orang nampak dan faham apa selama ni kita buat dekat dia ialah sesuatu yang baik , bukanlah untuk kesempatan atau lain lain kan ? Gila tak suka ? Percayalah semua orang suka bila kita ni , hah kita ni lah .. Hargai setiap perbuatan orang lain dekat kita .

Hargai ni jugak termasuk dalam golongan yang baik dan jahat .. Kalau baik , Wawa percaya ramai tahu kan :P Jangan risau Wawa tetap akan bagi contoh perbuatan baik yang patut kita hargai . Sebelum Wawa bagi yang baik , Wawa nak mulakan dengan yang jahat dulu okey .. hee ~  Okey kenapa Wawa cakap kita kena hargai jugak perbuatan jahat yang diberi kepada kita ? Kenapa ? Kenapa kena hargai benda tu sedangkan benda yang buruk tu diberi atau dikenakan dekat kita ? Macam , Perlu ke kita hargai ? 

Kena , sebab ? Sebab perbuatan buruk atau jahat yang dikenakan dekat kita ialah Ujian dan pengajaran hidup kita :) Percayalah kalau kita asik nak marah je pasal benda buruk yang kena dekat kita , sampai bila kita ni ? Nak matang dengan masalah yang menimpa ? Sampai bila ? Sampai tua ? Jangan bila dah terlambat baru nak sedar :) Jadi , kalau orang tu kutuk kita dan kita tahu , Hargai je sebab ada jugak orang nak mengata pasal kita , dapat pahala pe :P Kalau orang tu sakitkan hati kita tanpa meminta maaf , Hargai je sebab akhirnya kita sedar , tak semua manusia sama .. Ada golongan macam tu , golongan yang tak pandai mintak maaf .. Dan kenapa kita kena Hargai ? Sebab kita bukan macam tu , kita tak tergolong dalam manusia macam tu , dalam kata lain " Syukur " . Orang tu suka cakap buruk , maka bersyukurlah sebab kita tak seteruk macam tu . Orang tu kuat carut , Syukurlah kita tak macam tu :D Sama macam pengajaran , kita hidup untuk belajar .. mana yang baik kita simpan baik baik , mana yang tak baik kita buang jauh jauh .. Ambillah semua yang berlaku disekeliling kita ni sebagai teladan , jadi kalau orang tu fitnah atau caci maki dekat kita , kita mesti faham kan perasaan sedih sakit tu macam mana ? Jadi mestilah kita akan lebih matang dan tak akan buat benda macam tu dekat orang lain , sebab kita dah pernah lalui kan ?Tapi kalau kita masih tak insaf gak tak tahu lah nak cakap apa ._. Percayalah bahawa Allah akan balas balik semuanya .. So be nice :D 

Seterusnya , yeayy ~ Pasal Kebaikan !! Topic yang paling paling paling Wawa suka ! Sebab selama wawa hidup ni , wawa bersyukur sangat orang dekat sekeliling wawa banyak bagi tunjuk ajar dan sebagainya .. Dan kenapa wawa suka sangat pasal topic kebaikan ? Sebab banyak sangat kenangan yang menarik dan tah , kenangan yang membuatkan wawa jatuh cinta dengan setiap perbuatan tu .. Setiap hari wawa doa tau agar wawa dapat sangat , balas balik apa yang pernah orang dekat luar sana tolong wawa pernah buat baik dekat wawa kira macam jasa baik diaorang :D Mungkin awak yang tengah baca ni pun pernah buat baik dekat wawa :D Wawa nak ucapkan jutaan terima kasih .. Niat tu wawa tak tahu tapi selagi niat korang baik maka terima kasih sangat sangat ..

Perbuatan apakah yang patut kita Hargai ? Yang pertama sekali , dekat orang yang selalu beri tunjuk ajar dekat kita , walaupun ajaran dia kita dapat serap 1% sekali pun .. Hargai lah , sebab tak semua orang nak ajar kau tau , fikir ada orang nak ? Yang nak tulah kau patut syukur sebab niat diaorang ialah diantara diri dia dan Allah SWA , jadi bila dia ajar kau , kau patut hargai tau .. Janganlah letak fikiran negatif T,,T Tak baik tau , penat dia ajar kita , kita fikir bukan bukan .. Sia sia je . Kedua , yang kedua ni mungkin tak semua orang alami tapi .. Dikira macam wawa punya kesukaan dalam bab hargai . :D Which is , jeng jeng jengggg ~ hehehe ... Drumrolls please ! HAHAHAH ~ okey ! Wawa paling paling hargai sangat sangat orang yang sudi hantar or tumpangkan wawa kemana sahaja .. Macam bila wawa nak pergi rumah orang tu ke orang ni ke kan, ada orang sudi tumpangkan or hantarkan .. Ya Allah , rasanya Allah je tahu bertapa syukurnya wawa .. Sebab itulah , wawa akan rasa sangat sangat malu nak mintak dia hantarkan lagi sekali , melainkan emergency macam bila wawa betul betul tak ada duit nak bayar tambang bas ke atau wawa tengah penat sangat sangat ke atau wawa tengah demam ke kan haa ~ baru wawa akan mintak tolong dengan rendah dirinya T~T huhuuu ~ ------> " Weh , kau boleh hantarkan aku gi tut ta ra rut tu tut tak ? Hantarlah aku do , jemput lah aku adumakkk .. ~ " haa ~ kepada sesiapa yang selalu guna ayat macam tu .. tuu .. yang dalam tu bila nak mintak kawan dia hantar dia gi memanalah kan ..alah ayat yang korang baca tadi tu kan .. Nah nasihat dari wawa :* KAU TAK RETI MINTAK TOLONG BAIK BAIK KE ?! DAH LAH NAK MINTAK ORANG TU HANTAR KAU , MINTAK BAIK SIKIT ! Guna lah tolong ke emm weh aku sebenarnya nak mintak kau hantarkan aku gi sana sini boleh tak ?Atau tanyalah dulu kau busy tak kau nak gi mana mana tak ? Lalu rumah aku tak ke kan ,tolonglah humble sikit ... awak tu nak tumpang dia , bukan dia tu driver awak .. Dia tu kawan awak jugak . Tanya kakak wawa , pernah tak wawa mintak tolong dekat dia kasar kasar ? Gosh ! Be nice please 

Cuba kalau orang mintak tolong dekat kita macam tu ? eeeee rasa nak sepak je , fikir kawan je .. Kalau bukan kawan , arwah dah dia . Jadi hargai okey bila orang tu sudi hantar ke amik kita ke kan , sebab cuba kita fikir , minyak kita boleh bayar .. kereta boleh cuci .. Tapi , tenaga dia kau nak bayar macam mana ? Masa dia kau nak bayar macam mana ? Tak semua benda kita boleh bayar dengan mulut dan duit :) Kalau full tank kau boleh bayar tapi kau fikir nak gantikan tenaga dia , masa dia guna duit jugak ke ? Nak pergi rumah kau lagi lepas tu hantar kau lagi haa ? Itu baru sorang , cuba kalau dia jemput 4 orang ? Tak kesian ke ? Fikirlah pasal dia sikit , Walaupun lah dia kata " meh naik aku .. aku hantarkan " kalau kita tengah ada tenaga or duit , avoid kalau boleh :) sebab sampai bila ? Sampai orang tu cakap dekat kita ? Kau ni , tak reti balik sendiri ke ? Jadi .. Hargai okey :D Thanks a lot to my mum , my sister , iqmal , ayah izzati dan yang lain yang pernah hantar wawa , terima kasih sangat sangat .. Even , Cikgu kelas wawa tahun ni pun pernah hantar wawa balik aw :P Hanya Allah je boleh balas kebaikan diaorang ..

Rasa macam dah panjang sangat dah ni :( macam biasa :P korang pun tahu kan , wawa suka sangat buat part 1 la part 2 la kan kan kan  :P Jadi kalau korang rasa wawa patut buat part 2 pasal Hargai ni , just let me know okey ! Tinggalkan jejak korang dekat Chat Box belah kanan korang , kalau yang pengguna fone .. boleh tinggalkan jejak dengan tekan button Follow dan tinggalkan comment dekat atassssss sekali hehe .. wawa akan baca :D Terima kasih sudi baca korang :* 


                                                                                             XOXO 

2 comments: