K e n a p a
AinaNajwa
04:48
0 Comments
Assalammuailaikum , hari ni tak rasa nak campur adukkan bahasa 😊 jadi , wawa nak mintak maaf kalau sentiasa ada salah ejaan atau apa apa 😅 maklumlah 😌 malas nak baca balik sebelum post ;P
Harini wawa nak buka topic " k e n a p a " hehehehhe , harap korang suka baca ! 🙆🏻 kalau tak suka baca panjang2 boleh je keluar dari sini , tapi terima kasih sebab menyinggah ! 😝😘
Pernah tak tertanya , k e n a p a susah sangat nak berjaya ? K e n a p a susah sangat nak lalui sesuatu dengan mudah ? Pernah tak ? Orang akan cakap " kau kena tawakal , kau kena sembahyang banyak2 " ye .. Benda wajib kena lah buat 😅 takkan tawakal je seumur hidup ? Sampai bila nak maju ?
Wawa tak pakar dalam bab agama 😊 saja nak buat benda jelas , jadi apa yang wawa sampaikan ni .. Melalui pendapat dari seorang insan yang bercawan kosong ..
Kadang - kadang kita terlalu buta dengan melihat kejayaan seseorang tetapi tidak lihat pada kesusahan nya ..
Kadang - kadang kita terlalu berkira dengan setiap yang kita lakukan sehingga pertolongan menjadi tidak ikhlas ..
Kadang - kadang kita terlalu iri hati dan busuk hati sehingga mengata tanpa memikirkan hati dan perasaan seseorang ..
Ya , kita bukan manusia yang sempurna seperti Nabi Muhammad SAW . Kita tak boleh nak harapkan seseorang untuk menjadi sempurna didunia yang penuh dengan dugaan ..
Ya , dugaan diberi mengikut kemampuan seseorang ..
Bukankah indah sekiranya kita memudahkan tugasan seseorang ?
Tidakkah kita sedar bahawa memudahkan seseorang pasti Allah memudahkan kehidupan kita ?
K e n a p a engkau masih disitu ? K e n a p a engkau masih hilang dari arah tuju ? K e n a p a engkau masih tidak memiliki apa apa ? K e n a p a ?
Pandanglah pada dirimu , pandanglah pada adabmu , pandanglah pada kata kata mu , pandanglah pada perbuatanmu .. Apa yang engkau telah lakukan sehingga engkau masih disitu ?
Kita tidak lari dari mengata orang , kita tidak lari dari membenci orang .. Apakah tindakanmu sekiranya engkau di hidup nya ?
Engkau terlalu berkira , engkau terlalu mengata , engkau terlalu busuk hati , engkau terlalu berfikiran buruk , engkau terlalu kasar sehingga Allah menyempitkan kesenangan , sehingga Allah menyekat rezeki-rezeki mu ..
Wawa tak mampu nak ubah seseorang mahupun berjuta orang sekali pun .. Setiap perbuatan harian ku sentiasa memberi kejutan bahawa , setiap yang wawa katakan , lakukan akan dibalas kelak 😊 tak kira baik mahupun buruk 😊
Cukuplah sekadar memberi yang terbaik untuk Tuhan yang maha esa .. Kadang , penat melihat dan berkata tentang keburukkan orang .. Sebab diri ni belum cukup sempurna untuk menyempurnakan hidup seseorang, cukup lah sekadar memudahkan dan menghulurkan bantuan sekuat semampu 🙆🏻 ..
Terima kasih for your time peps 💕
Xoxo
Wawa